Pencen

 1-54 BAHAGIAN VII PELBAGAI 20. Persaraan Anggota Skim KWSP Bagi anggota yang memilih Skim KWSP: 20.1 bersara apabila mencapai opsyen umur bersara; 20.2 atas sebab kesihatan; 20.3 apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; 20.4 bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki; 20.5 atas alasan bahawa pegawai ditamatkan atas sebab kepentingan awam; atau 20.6 mati dalam perkhidmatan. Jabatan Mengurus hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Kad Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (JPA.BP.KWSP.01)beserta dengan dokumen sokongan yang dinyatakan dalam borang tersebut bagi tujuan pemberian Kad Pesara. 21. Borang Borang urusan persaraan dan pencen ialah seperti di Lampiran A. Jabatan Mengurus boleh mencetak sendiri borang-borang tersebut untuk kegunaan masing- masing. lanya boleh juga dimuat-turun dari laman web JPA iaitu http://www.jpa.gov.my. 22. Pengesahan Salinan Dokumen Salinan dokumen yang dikemukakan ke JPA/KWAP hcndaklah disahkan oleh Jabatan Mengurus atau pihak yang ditentukan dalam borang yang berkenaan. 23. Sebarang pertanyaan berhubung urusan persaraan, penamatan perkhidmatan dan faedah di bawah Undang-undang Pencen boleh diajukan kepada: 26.1 JPA (i) Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pencen, Aras 5, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy