Pengurusan Psikologi

 8-8 PERANAN PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB 10. Ketua Jabatan Ketua Jabatan bertanggungjawab menguruskan sumber manusia secara sistematik dan berkesan melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan motivasi pegawai; dan Ketua Jabatan melalui Pengurus Sumber Manusia hendaklah mengarahkan pegawai untuk menjalani Intervensi Bersepadu jika pegawai dikenalpasti memerlukan intervensi tersebut. 11. Pengurus Sumber Manusia 11.1 Fasa 1: Kenal Pasti a) Menerima arahan daripada Ketua Jabatan untuk melaksanakan Intervensi Bersepadu kepada pegawai dengan menyediakan dokumen sokongan berikut:- i. Borang Rujukan Intervensi (LAMPIRAN A1); ii. Borang Program Pengupayaan Kendiri (PPK01) (jika berkaitan); iii. Laporan Penilaian Prestasi Terdahulu; iv. Laporan Cuti (HRMIS) (Tiga Tahun Terkini); v. Laporan Kehadiran (jika berkaitan); vi. Deskripsi Tugas; vii. Laporan Status Kewangan (jika berkaitan); dan/atau viii. Laporan Perubatan (jika berkaitan). b) Mengeluarkan surat arahan kepada pegawai untuk menjalani Intervensi Bersepadu dalam tempoh yang telah ditetapkan; c) Melantik penyelia secara rasmi melalui surat lantikan dan menyediakan fasiliti yang sesuai untuk pelaksanaan Intervensi Bersepadu; d) Melakukan pelantikan baru jika berlakunya pertukaran penstrukturan dalam organisasi jika terdapat perubahan penyelia yang bertukar kementerian atau perubahan rawatan atau pakar perubatan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy