Pengurusan Psikologi

 7-50 LAMPIRAN E PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KAUNSELING Pengenalan 1. Kaunseling merupakan satu kaedah membimbing klien mencari potensi dirinya. Ia merupakan perhubungan dua hala yang melibatkan kemahiran mendengar dan memahami serta layanan baik dari pegawai psikologi. Ini bertujuan untuk menggerakkan klien memahami kelemahan dan membantu klien menguruskan masalah. 2. Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang penting. Pengurusan kaunseling yang berkesan seharusnya mampu untuk membantu seseorang pegawai menghindari daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal. Perkhidmatan kaunseling berkesan juga dapat membantu pegawai meningkatkan pembangunan diri mereka bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi seterusnya penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti. 3. Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula melalui perkongsian cerita, meluahkan perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil dari interaksi bersama pegawai psikologi. Definisi 4. Di dalam panduan ini: “pegawai psikologi” bermaksud pegawai yang dilantik mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi; dan “klien” bermkasud semua pegawai yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Matlamat Kaunseling 5. Matlamat kaunseling adalah: a. Membimbing atau menggerakkan perubahan tingkah laku; b. Meningkatkan kemahiran menghadapi perubahan; c. Meningkatkan kemampuan membuat keputusan; dan d. Membangunkan potensi diri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy