Pengurusan Psikologi

 7-44 LAMPIRAN D PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEKERJA Pengenalan 1. Program Pembimbing Rakan sekerja (PRS) merupakan pembentukan satu kelompok sokongan kepada pegawai dengan bimbingan daripada seorang fasilitator terlatih. Sokongan ahli kelompok bertujuan membimbing pegawai menghadapi permasalahan sama ada dalam dunia pekerjaan atau peribadi. 2. PRS berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling profesional. Pengamalan PRS di semua peringkat organisasi dapat mewujudkan keharmonian, keakraban, saling hormat menghormati, mengenali potensi diri serta mewujudkan budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 3. Justeru itu, diharap PRS dapat bergerak dan bertindak sebagai satu pasukan bagi mencapai objektif, misi, visi dan peningkatan tahap keberkesanan serta imej organisasi. Definisi 4. Di dalam panduan ini: “fasilitator” bermaksud pegawai yang terlatih dan dilantik oleh organisasi bagi membimbing dan membantu rakan sekerja. Mereka berfungsi sebagai rakan yang empati, menjadi pendengar yang baik dan mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakan sekerja; “kelompok” bermaksud satu kumpulan pegawai yang dibentuk daripada kategori yang sama; “Pegawai Psikologi” bermaksud pegawai yang menerima latihan dalam bidang kaunseling seperti yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1999 tetapi belum layak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998; dan “rakan sekerja” bermaksud pegawai yang berkhidmat dalam organisasi yang sama yang terdiri daripada pelbagai peringkat perjawatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy