Pengurusan Psikologi

 7-27 LAMPIRAN B2 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN PEKERJA (PPP) PROSES AKTIVITI Memantau dan mengumpul maklumat berkaitan isu-isu kakitangan menggunakan Borang Indikator Program Penilaian Pekerja (PPP-1). Mengemukakan satu salinan Borang PPP-1 yang telah diisi ke BPPs JPA untuk rekod. Mengadakan perbincangan yang melibatkan Unit Integriti, Unit Latihan dan Unit Pengurusan Psikologi bagi membuat perancangan dan pelan tindakan yang bersesuaian. Jika perlu, analisis keperluan latihan dan analisis keperluan rawatan boleh dilaksanakan. BSM dan unit yang terlibat perlu menentukan; (a) Bentuk program yang perlu dilalui oleh pegawai; dan (b) Sasaran (%) bilangan pegawai yang akan terlibat, bagi tahun semasa. Pegawai yang terlibat mengikuti program dan tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya pegawai gagal mengikut program dengan jayanya, Unit Latihan dan Unit Pengurusan Psikologi perlu memaklumkan kepada BSM/Pentadbiran untuk tindakan selanjutnya. Mengemukakan laporan pelaksanaan kepada Ketua Jabatan. BSM/ Penyelaras perlu mengemukakan laporan dan data pelaksanaan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi JPA pada bulan Disember setiap tahun. Memantau perkembangan dan kemajuan pegawai. Tamat Tindakan Pentadbiran Latihan/ Kursus

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy