Pengurusan Psikologi

 7-15 LAMPIRAN B GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN PEKERJA Pengenalan 1. Panduan ini bertujuan menjelaskan prosedur pelaksanaan Program Penilaian Pekerja merangkumi prosedur pengenalpastian masalah, pelaksanaan analisis keperluan rawatan dan analisis keperluan latihan serta langkah-langkah pemantauan. 2. Secara dasarnya ia merupakan panduan kepada urus setia untuk mengambil langkah awal bagi mengenal pasti dan mengendalikan pegawai di agensi masing-masing yang berkemungkinan memerlukan bantuan dalam melahirkan pekerja yang berprestasi tinggi, cekap dan sejahtera. Tafsiran/Definisi 3. Bagi tujuan garis panduan ini: “bersara wajib” bermaksud meninggalkan atau melepaskan jawatan yang disandang sebaik mencapai umur persaraan; “cuti sakit” bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan sijil sakit daripada seorang pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima; “kenaikan pangkat” bermaksud peningkatan secara hakiki dari satu gred ke satu gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama setelah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat; “kesalahan tatatertib” bermaksud pelanggaran mana-mana peruntukan tata kelakuan yang ditetapkan dalam peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) (pindaan) 2002; “pelanggan” bermaksud individu yang mendapatkan perkhidmatan sama ada pelanggan dalaman atau luar;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy