Pengurusan Psikologi
273 (iv) Pelaporan Pengurus sumber manusia perlu mendokumentasi dan membuat pelaporan bagi keseluruhan proses pementoran jabatan dan menyerahkan sesalinan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam tempoh sebulan selepas tamat program setelah semua proses pada carta alir pelaksanaan pementoran kompetensi seperti di Lembaran PO.3.1.4 (A4) . Format pelaporan adalah seperti di Lembaran PO.3.1.4 (A5) . PENGIKTIRAFAN PEMENTORAN 14. Pementoran merupakan proses latihan dan pembelajaran interaktif berterusan antara mentor dan menti. Menti menerima pandangan, nasihat, perkongsian pengalaman dan bimbingan khusus daripada mentor. sementara mentor perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi membantu menti mencapai matlamat perhubungan pementoran. 15. Justeru itu, pengurus sumber manusia perlu merekodkan sesi pertemuan perhubungan pementoran yang dilaksanakan dan menilai taraf jumlah 6 jam sesi pertemuan bersamaan dengan satu hari berkursus dan perlu dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai. 16. Penyertaan pegawai dalam pementoran mestilah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pegawai pada tahun ia dinilai.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy