Pengurusan Psikologi

 242 9. Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan boleh diamalkan melalui tindakan bersepadu antara pemikiran, emosi dan tingkah laku yang boleh diperlihatkan melalui prinsip PERDANA iaitu: (i) Pantas dan Positif (ii) Empati (iii) Relevan (iv) Daya Saing (v) Amanah, Adil dan Integriti (vi) Nilai Tambah dan Kelainan (vii) Arif dan Berilmu PELAKSANAAN 10. Ceraian ini boleh dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di kementerian dan jabatan kerajaan. Perancangan dan pelaksanaan program Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan merangkumi tiga tahapiaitu kesedaran, penghayatan dan pengukuhan kendiri. Sebagai panduan, sila rujuk Lampiran PO.3.1.3(A), Lampiran PO.3.1.3(B) dan Lampiran PO.3.1.3(C). Tanggungjawab Ketua Jabatan 11. Ketua-ketua jabatan bertanggungjawab memastikan pembudayaan kerja pencapaian diutamakan dapat dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan di bawah seliaan masing-masing. Arahan ini dapat dijadikan panduan kepada semua kementerian, jabatan atau mana-mana agensi dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran, penghayatan dan pengukuhan Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy