Pengurusan Psikologi
194 Lembaran PO.3.1.1(I5) TATACARA INTERVENSI PEGAWAI RISIKO SEDERHANA 1. Pegawai risiko sederhana menunjukkan gejala awal tekanan, lesu upaya, kebimbangan, atau gangguan emosi yang boleh memberi kesan kepada keberkesanan tugas dan kesejahteraan kehidupan. Keadaan ini memerlukan perhatian dan pendidikan untuk membangunkan daya tindak yang efektif dan dicadangkan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. 2. Objektif pengurusan kes pegawai awam berisiko sederhana adalah seperti yang berikut: (i) Mengukuhkan kesedaran terhadap pengurusan stres dan kesihatan mental. (ii) Memberikan sokongan dan intervensi awal bagi mencegah masalah mental menjadi lebih serius. (iii) Menyediakan akses kepada perkhidmatan kaunseling yang boleh dihadiri apabila diperlukan. (iv) Mewujudkan budaya tempat kerja yang menyokong kesejahteraan mental dan emosi. 3. Pegawai PERLU untuk mendapatkan intervensi awal seperti intervensi psikologi/ kaunseling daripada Pegawai Psikologi di Kementerian/ Jabatan/ Agensi. 4. Selain itu, Kementerian/Jabatan/Agensi juga digalakkan untuk — (i) menubuhkan jawatankuasa pengurusan kesihatan mental yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan, dan memantau keberkesanan program. (ii) menjadualkan sesi penilaian dan latihan secara berkala serta memastikan kemudahan akses kepada perkhidmatan kaunseling.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy