Pengurusan Psikologi

 1-13 (c) Sekiranya dapatan laporan penilaian psikologi mendapati terdapat bukti bahawa salah laku gangguan seksual telah berlaku, UI hendaklah memanjangkan aduan tersebut beserta keterangan yang diperolehi kepada Urus Setia PBTT. (d) Sekiranya dapatan laporan penilaian psikologi ınendapati tiada bukti bahawa salah laku gangguan seksual telah berlaku, UI hendaklah menutup aduan ini dan memaklumkan keputusan tersebut kepada pengadu dan pihak pengurusan tertinggi jabatan. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran DI. 9.5 Menubuhkan Jawatankuasa SiasatanBebas (a) UI boleh menubuhkan satu jawatankuasa siasatan bebas yang dianggotai oleh seorang pengerusi, wakil jabatan dan wakil dari jabatan luar bagi menjalankan siasatan dengan tujuan mendapatkan maklumat seperti yangberikut: (i) penjelasan daripada pengadu; (ii) penjelasan daripada PYDM; dan (iii) penjelasan daripada pihak ketiga sekiranya perlu. (b) Setelah siasatan dilaksanakan, pihak Jawatankuasa Siasatan Bebas hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja mengemukakan laporan siasatan kepada UI. (c) Sekiranya dapatan laporan siasatan mendapati terdapat bukti bahawa salah laku gangguan seksual telah berlaku, UI hendaklah memanjangkan aduan tersebut beserta keterangan yang diperoleh kepada Urus Setia PBTT.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy