Pengurusan Psikologi

 1-11 (b) Mengumpulkan Bukti Pengumpulan bukti boleh dilaksanakan seperti yang berikut: (i) membuat catatan atau merekodkan kejadian tersebut (tarikh, tempat, masa dan sebagainya) agar dapat dijadikan sebagai bahan bukti apabila diperlukan; (ii) ınenyiınpan apa-apa nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (Sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan dan visual yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog, atau platform media sosial seperti aplikasi Facebook, Whatssapp, Twitter atau apa-apa aplikasi yang membolehkan bahanbahan dipindahkan ke paparan umum dan terbuka atau melalui penggunaan apa jua peralatan media, elektronik atau komunikasi dan lain-lain dokumen atau apa-apa benda (bahan) yang boleh dijadikan sebagai bukti. Perlu diingatkan bahawa dokumen, bahan atau benda yang diterima tersebut tidak boleh diubahsuai bagi menjaga rantaian keterangan bahan bukti berkenaan; (iii) memaklumkan kejadian gangguan seksual tersebut kepada pihak ketiga, sekiranya perlu. Walau bagaimanapun, jumlah orang yang dimaklumkan berhubung kejadian tersebut, haruslah dihadkan kepada jumlah yang paling minimum bagi menjaga kerahsiaan dan maruah kedua-dua pihak terlibat; dan mengenal pasti orang lain yang melihat kejadian yang berlaku atau orang pertama yang diceritakan oleh pengadıı agar orang berkenaan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila diperlukan. Sila rujuk carta aliran seperti di Lampiran B.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy