Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

 1-10 6.1.8 Modul Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja (Employee Communications and Behavioural Management) Modul ini menyediakan kemudahan untuk meningkatkan kerjasama dan perhubungan yang harmonis antara pihak pengurusan dan pekerja melalui proses pelaporan isu, pemantauan serta penyelesaiannya. Di samping itu, modul ini juga menyediakan kemudahan bagi menguruskan aktiviti tatatertib pekerja. 6.1.9 Modul Penamatan Perkhidmatan (Separation) Modul ini menyediakan proses yang menyeluruh dalam mengurus peralihan keluar pegawai daripada perkhidmatan kerajaan melalui persaraan wajib, persaraan awal, peletakan jawatan, kematian, buang kerja dan sebagainya. Di samping itu, modul ini juga mempunyai proses bagi pegawai menyediakan nota serah tugas dan ditemu duga sebelum meninggalkan perkhidmatan. 6.1.10 Modul Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran (Remuneration, Benefits and Rewards Management) Modul ini menyediakan kemudahan untuk mentadbir rekod saraan pegawai bagi proses penyediaan gaji berikutan proses-proses seperti penempatan, bercuti (separuh gaji, tanpa gaji), kenaikan pangkat, penilaian tahap kecekapan dan perubahan skim perkhidmatan. Di samping itu, modul ini juga menyediakan kemudahan mentadbir rekod faedah yang dinikmati oleh pegawai seperti pinjaman, perubatan, tuntutan dan pendahuluan diri, biasiswa dan imbuhan tahunan. Selain itu, modul ini juga menyediakan fungsi Kemudahan Lain seperti Permohonan ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian dan Permohonan Kebenaran Pulang Awal 1 Jam bagi pegawai yang mengandung.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy