Hubungan Majikan - Pekerja

 1-25 LAMPIRAN IV SENARAI SEMAK PENUBUHAN MAJLIS BERSAMA JABATAN Bil. Tindakan Tandakan () 1. Arahan dari Ketua Jabatan untuk menubuhkan MBJ. 2. Menyediakan draf perlembagaan: a) Ketua Jabatan menentukan keahlian dan melantik ahli Pihak Pegawai yang bersesuaian; b) Ketua Jabatan menentukan komposisi keahlian Pihak Pekerja; c) Ketua Jabatan mengeluarkan arahan pemilihan Pihak Pekerja mengikut komposisi yang ditetapkan dan proses pemilihan dijalankan; dan d) Pihak Pekerja melaksanakan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Pihak Pekerja. 3. Keluarkan surat panggilan Mesyuarat Penubuhan MBJ. 4. Bentangkan draf perlembagaan MBJ untuk persetujuan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja: a) Mesyuarat bersetuju dengan draf perlembagaan; atau b) Mesyuarat bersetuju untuk meminda draf perlembagaan. 5. Hantar draf perlembagaan MBJ yang dipersetujui berserta minit Mesyuarat Penubuhan MBJ kepada JPA untuk kelulusan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy