Hubungan Majikan - Pekerja

 1-18 3.2 Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Pihak Pekerja adalah dibuat dari kalangan ahli-ahli Pihak Pekerja yang dipilih dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh Pihak Pekerja sendiri tanpa campur tangan dari Pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama. 3.3 Kekosongan yang berlaku dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Bahagian/Pejabat/Skim Perkhidmatan/Gred/Kumpulan termasuk kesatuan/persatuan yang melantik wakil yang mengosongkan jawatan itu, atau pekerja-pekerja itu sendiri. 3.4 Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih. 4. PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS 4.1 Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis. 5. TUJUAN 5.1 Tujuan Majlis adalah: (a) untuk memperolehi seluas-luas kerjasama yang menyeluruh di antara (nama jabatan) dengan pegawai-pegawai yang bergaji dalam (nama jabatan) dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy