Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017

P.U. (A) 163 3 “Penempatan khas 13A. (1) Mana-mana pegawai boleh ditempatkan untuk mengisi sesuatu jawatan secara penempatan khas tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. (2) Penempatan khas yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah tidak disifatkan sebagai suatu kenaikan pangkat bagi pegawai itu.”. Pindaan peraturan 36 4. Subperaturan 36(1) Peraturan-peraturan ibu dipinda— (a) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “atau”; (b) dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah dihujung perenggan itu dengan perkataan “atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: “(c) apabila seseorang pegawai itu dikenakan hukuman tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, mengikut tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.”. Pindaan peraturan 44 5. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 44 dengan peraturan yang berikut: “44. (1) Gaji permulaan bagi seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah pada amaun gaji yang lebih tinggi daripada amaun gaji akhir di gred terdahulu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy