Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017

P.U. (A) 163 2 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) (PINDAAN) 2017 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017. (2) Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2017. Pindaan peraturan 4 2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 4 dengan memasukkan selepas takrif “penanggungan kerja” takrif yang berikut: ‘ “penempatan khas” ertinya mengisi apa-apa jawatan yang sedia ada dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan tujuan untuk menempatkan seseorang pegawai secara khusus tanpa mengira sama ada gred jawatan itu sama dengan, atau lebih tinggi daripada, gred hakiki pegawai itu;’. Peraturan baharu 13A 3. Bahagian II Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 13 peraturan yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy