Bab F

Kemudahan Percuma Selepas Bersara. ( b ) Kemudahan-kemudahan ini akan diteruskan kepada mereka setelah mereka bersara dengan syarat bahawa mereka telah disarakan dalam keadaan biasa atau atas syor sebuah Lembaga Perubatan. Pesara-pesara boleh dikehendaki mengemukakan bukti dari Jabatan Perubatan tentang kelayakan mereka menerima faedah di bawah Perintah Am ini. Tiada Kemudahan Percuma Kepada Keluarga. ( c ) Walau bagaimanapun, keluarga-keluarga pegawai di ( a ) akan terus dikenakan bayaran-bayaran hospital yang serupa dengan keluarga pegawai-pegawai Kerajaan yang lain. Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bekerja Dengan Kerajaan. 29. ( a ) Seseorang calun yang telah berjaya mendapat jawatan dalam sebarang perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospital. Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Untuk Berkursus ( b ) Seseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus yang diluluskan oleh Kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila ini disyaratkan oleh universiti, yayasan, penganjur atau negeri tempat berkursus itu. Pemeriksaan Kesihatan Keluarga Pegawai Untuk Belajar ( c ) Mana-mana keluarga pegawai yang memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk tujuan melanjutkan pelajaran di mana- mana yayasan pelajaran akan dikenakan bayaran pemeriksaan kesihatan sebagaimana seorang awam lain mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi pemeriksaan sedemikian. Rawatan Percuma Untuk Pelatih. 30. Seseorang pelatih yang sedang mengikuti sebarang kursus di mana-mana yayasan latihan yang dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan, seperti di sekolah-sekolah jururawat, boleh diberi rawatan percuma serta pengecualian bayaran wad Kelas Dua apabila dimasukkan ke dalam hospital. Mereka juga boleh diberi rawatan percuma sebagai pesakit luar. mukasurat 8 31. ( a) Setiap pegawai atau keluarganya yang ingin mendapatkan rawatan perubatan hendaklah menghadirkan diri di tempat biasa pegawai perubatan menjalankan tugas-tugasnya dan di dalam waktu- waktu bertugas yang ditetapkan. Hanya dalam kes-kes di mana seseorang pegawai atau keluarganya itu tidak dapat hadir sendiri atas sebab-sebab kesihatan atau atas sebab-sebab kesakitan yang tenat, barulah pegawai perubatan boleh dipanggil melawatnya di rumahnya. Atas budibicara pegawai perubatan sendiri, bayaran-bayaran tertentu kerana lawatan itu boleh dikenakan yang lazimnya tidak akan lebih daripada bayaran wad sehari di hospital mengikut kelayakan pegawai itu. Syarat syarat Mendapatkan Rawatan. (10). (b) Seseorang pegawai atau keluarganya hendaklah masuk atau hadir untuk rawatan di hospital bila diarahkan sedemikian oleh Mesti Hadir di Hospital Bila Diarah

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy