Bab F

Jabatan Perubatan kerana rawatan di hospital itu. Surat Ketua Jabatan hendaklah seperti dalam Lampiran D. Surat yang sama tentang butir-butir peribadi pegawai akan dikehendaki apabila keluarganya dimasukkan ke hospital. 26. Pembayaran bil-bil hospital pegawai akan dilakukan dengan pernotongan gajinya atau secara tunai. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memotong gaji seseorang pegawainya apabila dipinta berbuat sedemikian oleh Jabatan Perubatan. Bila bil-bil dikemukakan hanya apabila pegawai telah keluar dari hospital sahaja, maka pegawai perubatan yang menjaga hospital boleh, mengikut budibicaranya, menimbangkan rayuan dari pegawai yang meminta menunaikan bil-bilnya secara bulanan sekiranya pegawai tersebut dapat menunjukkan kesusahan kewangan kepadanya yang akan disebabkan oleh pembayaran sekali gus itu. Pembayaran Bil Ketua Jabatan Memotong Gaji. mukasurat 7 V. PELBAGAI Perlantikan Sebagai Pegawai Pakar. (46). 27. ( a ) Ketua Pengarah Kesihatan, dengan nasihat tiga orang pegawai pakar yang dipilih olehnya atau oleh sebuah Jawatankuasa Khas Perubatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan yang sama, boleh melantik pegawai-pegawai perubatan sebagai pegawai pakar jika mereka memenuhi syarat-syarat di ( b ). Semua perlantikan yang sedemikian hendaklah disiarkan di dalam Warta Kerajaan. ( b ) Seseorang pegawai perubatan tidak akan dilantik sebagai pegawai pakar melainkan apabila jawatan yang dipegangnya itu memerlukan penjalanan tugas-tugas pakar dan (i) dia mempunyai kelayakan-kelayakan ilmiah atau ikhtisas yang diakui serta pengalaman-pengalaman yang memuaskan hati Ketua Pengarah Kesihatan; atau (ii) dia telah menjalankan tugas-tugas pakar yang memuaskan bagi satu jangka masa yang panjang. Rawatan Untuk Kakitangan Jabatan Perubatan. 28. ( a ) Semua pegawai-pegawai yang dilantik khas untuk perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan yang bukan pegawai- pegawai dalam perkhidmatan gunasama seperti yang ditakrifkan dalam Bab A, Perintah-perintah Am, yang berkhidmat di dalam Jabatan Perubatan atau Kesihatan, akan dikecualikan daripada membayar apa-apa bayaran hospital melainkan bayaran bagi penggunaan ambulan. Kemudahan-kemudahan yang sama akan juga diberi kepada kakitangan-kakitangan mana-mana hospital universiti atau hospital tentera di Malaysia di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy