Bab C

yang melayakkan dengan tidak mengira berapa panjang jumlah perkhidmatan seseorang pegawai itu atau apa Kumpulannya. Pengumpulan cuti rehat. (69). ( b ) Cuti rehat ini boleh dikumpulkan tidak melebihi jumlah cuti rehat bagi masa 3 tahun yang berturut-turut. Pengumpulan yang lebih daripada ini, tetapi tidak melebihi jumlah cuti rehat bagi 4 tahun berturut-turut, hanya boleh diluluskan oleh Ketua Pengarah Penjara jika pegawai itu telah tidak dapat dibenarkan mengambil cuti rehat yang dikumpulkannya itu atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan. Syarat pemberian cuti rehat. (69). 61. ( a ) Cuti-cuti rehat di Perintah Am 60 tidak boleh diambil kurang daripada 28 hari pada sesuatu masa. Mesti berkhidmat satu tahun. (69). ( b ) Cuti-cuti rehat ini tidak boleh diluluskan kepada seseorang pegawai Penjara yang baru berkhidmat sehingga ia telah genap berkhidmat selama 1 tahun. Cuti rehat sebelum bersara. 62. Seseorang pegawal Penjara boleh mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan sebelum bersara. Cuti separuh gaji. (66). 63. Pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti separuh gaji mengikut perbekalan-perbekalan dalam Perintah Am 13. Cuti atas sebab-sebab perubatan. (66). 64. Pegawai-pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat semua cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan seperti yang dibekalkan dalam Perintah Am 15 hingga Perintah Am 33. Cuti haji. 65. Pegawai-pegawai Penjara yang berugama Islam akan berkelayakan untuk ditimbangkan cuti haji atas syarat-syarat yang sama seperti dalam Perintah-perintah Am 34 dan 35. Cuti berkursus. (66). 66. Pegawai-pegawai Penjara yang dipilih atau dibenarkan mengikuti kursus latihan yang diakui akan layak mendapat faedah dan syarat percutian seperti dalam Perintah-perintah Am 36, 37 dan 38. Cuti sambilan. (69). 67. Disamping cuti-cuti lain yang dibekalkan dalam bahagian ini, seseorang pegawai Penjara adalah berkelayakan mendapat cuti sambilan sebanyak 14 hari dalam satu-satu tahun untuk bercuti di Malaysia. Cuti sambilan ini tidak boleh dikumpulkan dan akan Iuput bila tidak diambil dalam tahun yang berkenaan. Cuti ini tidak boleh diambil dalam masa 3 bulan sebelum seseorang pegawai itu pergi bercuti rehat atau dalam tempoh 6 bulan selepas seseorang itu balek daripada bercuti rehat. Dimana seseorang pegawai itu tidak mempunyai genap tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy