Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 2 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 PENGENALAN Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengandungi peraturanperaturan yang mesti dibaca dan dipatuhi semasa menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Polisi ini juga menerangkan kepada pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan pengguna dalam melindungi aset ICT JPA. Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA disediakan berpandu kepada piawaian antarabangsa. iaitu ISO/IEC 27001:2013.Information Security Management System (ISMS). OBJEKTIF Objektif utama PKS adalah seperti yang berikut: 1. Memastikan kelancaran operasi jabatan yang berlandaskan ICT dengan mencegah serta meminimumkan risiko kerosakan atau kemusnahan aset ICT jabatan; 2. Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat daripada kesan kegagalan atau kelemahan daripada segi kerahsiaan, integriti, tidak boleh disangkal, ketersediaan dan kesahihan; 3. Meminimumkan kos penyelenggaraan ICT akibat ancaman dan penyalahgunaan aset ICT; dan 4. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan ICT kepada para kakitangan, pengguna dan pihak luaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy