Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 3 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 PERNYATAAN POLISI Keselamatan ditakrifkan sebagai keadaan yang bebas daripada ancaman dan risiko yang tidak boleh diterima. Keselamatan ialah suatu proses yang berterusan. Ia melibatkan aktiviti berkala yang mesti dilakukan dari semasa ke semasa untuk menjamin keselamatan kerana ancaman dan kelemahan sentiasa berubah. Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan bagi segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara berterusan. Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan IT, iaitu: 1. Melindungi maklumat rasmi JPA dari capaian tanpa kuasa yang sah; 2. Menjamin setiap maklumat adalah tepat, lengkap dan terkini; 3. Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan 4. Memastikan akses hanya kepada pengguna yang sah dan penerimaan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai. PKS JPA merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat digital dan bukan digital bertujuan untuk menjamin keselamatan maklumat tersebut dan ketersediaan kepada semua pengguna yang dibenarkan. Ciri-ciri utama keselamatan maklumat adalah seperti yang berikut: 1. Kerahsiaan – maklumat tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan akses tanpa kebenaran. 2. Integriti – data dan maklumat hendaklah tepat, lengkap dan terkini. Ia hanya boleh diubah dengan cara yang dibenarkan sahaja. 3. Tidak boleh disangkal – punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal. 4. Kesahihan – data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy