Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 95 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 Pengendalian insiden keselamatan siber perlu diuruskan dengan cepat, teratur dan berkesan, mengikut prosedur dengan mengambil kira langkah-langkah berikut: a. menerima laporan insiden daripada pengguna, pihak NACSA atau sumber lain; b. mengenal pasti semua jenis insiden keselamatan ICT; c. mematuhi Pelan Pemulihan Bencana (DRP) seperti yang telah digariskan dalam PKP; d. menyimpan jejak audit dan memelihara bahan bukti dan rekod; e. mengambil tindakan pengukuhan ke atas insiden; f. menyediakan tindakan pencegahan supaya insiden serupa tidak berulang; dan g. memaklumkan atau mendapatkan nasihat pihak berkuasa perundangan sekiranya perlu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy