Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 94 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 v. berlaku percubaan menceroboh, penyelewengan dan insiden-insiden yang tidak dijangka yang boleh menjejaskan keselamatan siber. b. Pelaporan NACSA i. ICTSO melaporkan kepada NACSA apabila berlaku sebarang insiden keselamatan siber sekiranya perlu; dan ii. Pasukan CSIRTJPA dengan persetujuan ICTSO akan menghubungi NACSA untuk melaporkan atau mendapatkan bantuan apabila wujud potensi insiden atau berlaku sebarang insiden keselamatan siber. c. Tindakan Dalam Keadaan Berisiko Tinggi Dalam keadaan atau persekitaran berisiko tinggi, pengurusan atasan hendaklah dimaklumkan dengan sertamerta supaya satu keputusan segera dapat diambil. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan kesan atau impak kerosakan yang lebih teruk dan mengelakkan kejadian insiden merebak. d. Pelaporan kepada CSIRTJPA Pentadbir sistem yang terlibat mesti melaporkan sebarang insiden yang melibatkan keselamatan siber kepada CSIRTJPA. K12/02 Prosedur Pengurusan dan Pengendalian Insiden Keselamatan Siber Pengurusan pengendalian insiden keselamatan siber dilaksanakan oleh Pasukan CSIRTJPA yang diketuai oleh ICTSO. Pengendalian ini dilaksana berpandukan prosedur pengurusan pelaporan dan pengendalian insiden keselamatan siber berkuat kuasa. ICTSO, CSIRTJPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy