Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 55 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K05/08 Bring Your Own Device (BYOD) BYOD merupakan peralatan mudah alih persendirian seperti telefon pintar, tablet dan laptop yang digunakan oleh pengguna yang melaksanakan tugas rasmi melalui sambungan rangkaian Jabatan. Pengguna yang menggunakan kemudahan wi-fi jabatan atau data line persendirian untuk akses kepada Internet tertakluk kepada PKS JPA. Sebagai garis panduan, pengguna bertanggungjawab memastikan langkah-langkah keselamatan perlindungan berkaitan penggunaan BYOD seperti berikut: a. mengelak risiko kebocoran maklumat rasmi; b. mengelakkan ancaman risiko keselamatan ICT; c. memastikan produktiviti pengguna tidak terjejas dalam menjalankan urusan rasmi jabatan; dan d. meningkatkan integriti data. Bagi mengawal dan memantau pelaksanaan BYOD, mekanisme kawalan diwujudkan seperti berikut: a. mendaftarkan penggunaan peralatan mudah alih yang digunakan melalui AD; b. mengaktifkan fungsi keselamatan kata laluan bagi mengelakkan akses yang tidak dibenarkan; dan c. melaporkan kehilangan peralatan mudah alih kepada ICTSO. Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy