SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 93 PENGURUSAN PRESTASI MyPERFORMANCE SASARAN KERJA UTAMA VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 13 Saya menghadapi masalah untuk hapus Unit Organisasi yang ada pada menu Selenggara Pasukan SKU Agensi. Apakah yang perlu saya lakukan? Berikut adalah tatacara bagi menghapuskan Unit Organisasi: 1) Hapus rekod SKU di fungsi Selenggara SKU Agensi. 2) Hapus Unit Organisasi. Adalah diingatkan untuk Tuan/Puan memastikan maklumat unit organisasi dan pembentukan pasukan adalah tepat terlebih dahulu sebelum pelaksanaan MyPerformance di peringkat agensi dilaksanakan. 14 Adakah pegawai yang telah bertukar keluar serta dilantik sebagai Pegawai Penilai perlu mengesahkan pencapaian SKU serta menilai LNPT anggotaanggota di bawah seliaan beliau di PTJ lama sehingga selesai? Ya, pegawai berkenaan hendaklah membuat penilaian bagi pegawai di bawah seliaannya sebelum bertukar keluar. 15 Bolehkah reset SKU yang telah berstatus Selesai? Tidak boleh. Maklumat yang telah dihantar kepada Urusetia PPSM merupakan markah akhir dan tidak boleh dikemas kini. 16 Adakah dibenarkan untuk PYD membuat pengemaskinian / pindaan pada SKU yang telah dimuktamadkan? Tiada sebarang pindaan dibenarkan di peringkat PYD setelah pegawai tick pada kotak pengesahan akhir.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy