SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 70 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN KEMUDAHAN LAIN KEBENARAN PULANG AWAL VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Siapakah yang layak menggunakan kemudahan kebenaran pulang awal 1 Jam? Kemudahan ini terpakai kepada semua pegawai lantikan tetap dan Contract of Service (COS). Kemudahan ini boleh digunakan oleh Pegawai Wanita yang hamil 5 bulan atau 22 minggu ke atas dan turut dipanjangkan kepada suami wanita berkenaan yang merupakan pegawai Perkhidmatan Awam dan bekerja di lokasi berdekatan yang pulang bersama isterinya bagi membolehkan suami membantu isteri semasa dalam perjalanan. 2 Bagaimanakah pihak suami (kakitangan kerajaan) boleh memohon untuk menggunakan kemudahan pulang awal 1 Jam melalui Sistem HRMIS 2.0? Pihak suami dapat melihat dan menghantar permohonan sekiranya pihak isteri bersetuju untuk suaminya pulang bersama dan setelah permohonan pihak isteri telah diluluskan oleh Ketua Jabatannya. 3 Sekiranya permohonan kebenaran Pulang Awal 1 Jam telah diluluskan, bolehkah saya menggunakan kemudahan Kebenaran Keluar Pejabat 4 jam? Kemudahan Kebenaran Pulang Awal 1 Jam merupakan sebahagian daripada Kemudahan Keluar Pejabat Maksimum 4 Jam. Pegawai hanya dibenarkan keluar pejabat maksimum 3 Jam sahaja. 4 Sekiranya permohonan saya telah diluluskan, adakah saya boleh pulang 1 Jam Setengah lebih awal pada bulan Ramadan? Kemudahan Kebenaran Pulang Awal 1 Jam tidak terpakai kepada pegawai yang memilih WBB bulan Ramadan. 5 Bolehkah saya memohon lebih awal sebelum usia kandungan 5 bulan? Pemohon boleh mengisi maklumat ke dalam sistem dan SIMPAN tetapi sistem tidak akan membenarkan permohonan dihantar selagi dokumen sokongan tidak dimuat naik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy