SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 65 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN PERUBATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 14 Bolehkah penurunan kuasa diberikan kepada Pegawai Penyelia yang paling hampir dengan Pemilik Kompetensi untuk menandatangani Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) bagi menggantikan Ketua Jabatan? Penurunan kuasa Ketua Jabatan untuk menandatangani surat GL kepada Pegawai Penyelia adalah bergantung kepada pelaksanaan di agensi masing-masing. 15 Adakah paparan dari aplikasi Mobile MyHRMIS (Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL)) boleh digunakan bagi menggantikan cetakan Guarantee Letter? Ya. Fungsi aplikasi Mobile MyHRMIS (Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL)) adalah untuk memaparkan rekod Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) bagi Pemilik Kompetensi sebagai kaedah alternatif kepada Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) online atau manual. 16 Mengapa pihak hospital sering meminta ‘Guarantee Letter’ secara manual daripada Pemilik Kompetensi Pihak Berkuasa Tempatan? Kelayakan perubatan penjawat awam PBT adalah sama dengan kelayakan perubatan penjawat awam Persekutuan dan bergantung kepada status lantikan. Penjawat Awam di PBT digalakkan untuk memuat turun MyHRMIS Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) dan menunjukkan kepada kakitangan Hospital sekiranya diperlukan semasa mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, sekiranya penjawat awam menghadapi masalah pelaksanaan Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL) semasa di hospital/klinik Kerajaan, penjawat awam tersebut boleh melaporkan masalah ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan lokasi, masa dan kaunter yang terlibat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy