SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 53 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN TUNTUTAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 4 Mengapa masih perlu mencetak borang tuntutan? Pemilik Kompetensi yang bukan dari agensi rintis TNT Digital masih perlu mencetak borang tuntutan dan menghantarnya secara manual. 5 Saya merupakan pegawai di Negeri Selangor. Hari Ahad merupakan cuti Hujung Minggu. Jika hari Ahad juga merupakan cuti umum, bagaimana kelayakan tuntutan bayaran lebih masa saya? Adakah dikira cuti umum atau cuti hujung minggu? Hari Ahad tersebut dikira mengikut kadar hari rehat mingguan; manakala hari Isnin keesokannya dijadikan cuti am gantian. 6 Apakah jenis tuntutan yang boleh dilakukan menerusi HRMIS? Berikut adalah tuntutan yang boleh dibuat melalui HRMIS: 1) Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri 2) Bayaran Lebih Masa 3) Elaun Pakaian Panas 4) Bayaran Pakaian Istiadat 5) Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi 6) Bayaran Pakaian Black Tie 7) Bayaran Saguhati Pensyarah/Penceramah Dan Fasilitator Sambilan 7 Saya merupakan gred pelaksana tetapi mesej “Ända tidak layak memohon bayaran lebih masa”. Mengapa ia terjadi? Mesej tersebut dipaparkan kerana jabatan / agensi (BU) Pemilik Kompetensi belum disetkan sebagai Penerima Penetapan Agensi oleh Pentadbir Tuntutan Pusat pada tarikh permohonan. Pentadbir HRMIS agensi perlu mendapatkan bantuan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA melalui pautan https//:spmb.jpa.gov.my untuk tindakan Pemilik Modul.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy