SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 31 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 7 Sekiranya anak saya masuk wad, adakah saya layak mohon cuti kuarantin? 1) Cuti kuarantin hanya layak dipohon oleh ibu/ bapa yang anaknya mengalami senarai penyakit berjangkit seperti berikut: i. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease (HFMDI)) ii. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah iii. Campak (Measles) iv. Chickenpox v. Difteria vi. Malaria vii. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta 2) Kelayakan hanya kepada pegawai menjaga anaknya yang menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin sahaja. 3) Sekiranya terdapat jenis penyakit selain daripada senarai dalam MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4, mohon hubungi Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) di talian berikut 03-88855689. 8 Bolehkah permohonan cuti dibuat melangkau tahun di HRMIS? Cuti-cuti lain selain Cuti Rehat boleh dimohon melangkau tahun melalui HRMIS dengan syarat kelayakan bagi cuti-cuti berkenaan telah dijana. Untuk makluman, semua permohonan cuti perlu dilaksanakan berdasarkan tahun semasa tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan menu data sejarah terutamanya cuti rehat. Terdapat situasi tertentu di mana permohonan cuti boleh dilaksanakan melalui menu data sejarah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy