SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 29 PENGURUSAN SARAAN/FAEDAH DAN GANJARAN PENGURUSAN CUTI VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 3 Saya telah memohon cuti, tetapi Penyokong tidak mendapat permohonan cuti saya di peti pesanan beliau. Bagaimana kaedah untuk saya menyelesaikan masalah ini? Pentadbir Aliran Kerja di agensi perlu menyemak semula aliran kerja LV-001 dan sekiranya tidak tepat, maklumat pegawai penerima (penyokong cuti) sebenar perlu dikemaskini. 4 Penyokong dan Pelulus Cuti saya telah bertukar. Bagaimana saya ingin menukar maklumat tersebut di dalam HRMIS? Maklumat Penyokong dan Pelulus Cuti boleh ditukar melalui kaedah berikut: 1) Rujuk kepada Pentadbir Aliran Kerja di agensi untuk Selenggara Aliran Kerja yang berkenaan untuk semua jenis cuti. 2) Melalui kaedah user-selection untuk Cuti Rehat sahaja di mana pemohon perlu klik hyperlink Penyokong Cuti/Pelulus Cuti dan memilih Penyokong Cuti/Pelulus Cuti yang sepatutnya dengan memilih Melalui Paparan Hierarki atau Melalui Senarai. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya penyelesaian sementara kerana sekiranya Aliran Kerja LV-001 (Penghantaran Permohonan Cuti Untuk Sokongan) dan LV-002 (Penghantaran Permohonan Cuti Untuk Kelulusan) tidak di selenggara, Nama Penyokong dan Pelulus lama masih akan terpapar bagi permohonan cuti yang baharu ingin dipohon. 5 Adakah Cuti Rehat Khas (CRK) Guru boleh dipohon melalui MyHRMIS Mobile? Boleh. CRK boleh dipohon melalui MyHRMIS Mobile .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy