SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 23 PEMBANGUNAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Adakah submodul ini hanya terpakai di JPA? 1) Tahap kesediaan untuk penggunaan modul dalam HRMIS bagi proses sedia ada sekarang adalah tersedia dan boleh digunakan oleh semua kementerian/ SUK/ Agensi untuk Fungsi Permohonan Kaunseling (fungsi sukarela/rujukan), Program Pementoran dan Program Pembangunan Insan (PPI). Pihak kami di Bahagian IT, HRMIS telah siap membangunkan fungsi baharu untuk Permohonan Kaunseling (fungsi sukarela/rujukan). 2) Maklumat lanjut mengenai tahap kesediaan fungsi boleh menghubungi Pegawai Psikologi JPA (selaku Pemilik Proses). 2 Apakah kegunaan modul psikologi dan kaunseling? Modul psikologi dan kaunseling adalah proses di mana Pemilik Kompetensi boleh menjalani sesi kaunseling untuk membaiki kelakuan ataupun prestasi kerja samada melalui Kaunseling Sukarela, Kaunseling Rujukan ataupun Program Pembangunan Insan. Selain daripada itu, submodul ini juga menyediakan fungsi di mana Pentadbir Kaunselor boleh membuat laporan terperinci dengan usaha yang minimum. 3 Apakah aliran kerja yang terlibat dalam modul psikologi dan kaunseling? Tiada aliran kerja yang perlu ditetapkan, Pemilik kompetensi hanya perlu memilih kaunselor daripada senarai kaunselor yang telah ditetapkan. 4 Mengapa nama kaunselor tiada dalam senarai kaunselor? Pentadbir perlu menyelenggara maklumat kaunselor pada menu: Psikologi dan Kaunseling  Penyelengggaraan  Selenggara kaunselor

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy