SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 194 APLIKASI MYHRMIS MOBILE VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL NO SOALAN JAWAPAN MYHRMIS MOBILE 1 Apakah yang perlu dilakukan selepas MyHRMIS Mobile di install? Bagi pengguna kali pertama yang menggunakan aplikasi MyHRMIS Mobile, pengguna perlu daftar pengguna dengan klik pada PENGGUNA KALI PERTAMA dan masukkan Kad Pengenalan, Kata laluan dan No. Telefon (No. Telefon yang telah didaftarkan di maklumat rekod peribadi). 2 Siapakah yang boleh menggunakan MyHRMIS Mobile? Aplikasi MyHRMIS Mobile sedia ada hanyalah untuk HRMIS JPA sahaja (tidak termasuk PDRM dan ATM). SOALAN eGL 3 Mengapa Institut Jantung Negara tidak tersenarai dalam senarai hospital atau klinik untuk menjana Surat Pengesahan Diri & Pengakuan Pegawai Secara Online (eGL)? Institut Jantung Negara telah tersenarai di dalam Maklumat Hospital di eGL MyHRMIS Mobile. Pemilik Kompentensi perlu buat carian di Maklumat Hospital: Pilih Negeri - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Tekan OK  Tekan Butang Cari  Skrol ke bawah sehingga No. 5  Tekan Butang Pilih di Institut Jantung Negara  Tekan Muat Turun eGL untuk memuat turun eGL. SOALAN Profile 4 Mengapakah rekod e-mel dan lain-lain rekod peribadi dalam MyHRMIS Mobile tidak tepat? Pemilik Kompentensi perlu mengemaskini alamat e-mel dan maklumat peribadi yang lain melalui Sistem HRMIS(web) di submodul Pengurusan Rekod Peribadi dan pastikan maklumat tersebut telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy