SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 190 APLIKASI ASSIST VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah itu ASSIST? ASSIST merupakan singkatan kepada Analitik Sumber Manusia Sektor Awam. ASSIST merupakan salah satu daripada teknologi Kepintaran Bisness (Business Intelligent) yang mengeluarkan pelaporan maklumat sumber manusia sektor awam menggunakan aplikasi TARGIT. ASSIST menyediakan kemudahan di dalam menjana, menganalisis data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia bagi tujuan penyelidikan, perancangan, penyediaan dasar dan membuat keputusan. Analisis dan laporan boleh dipaparkan menggunakan konsep dashboard. 2 Permohonan daripada agensi untuk dipelbagaikan penjanaan laporan terperinci. ASSIST banyak menyediakan laporan bersifat statistik. Walau bagaimanapun, masih terdapat laporan yang bersifat terperinci di dalam ASSIST yang akan ditambah berdasarkan keperluan dari masa ke semasa. 3 Apakah hubung kait di antara ASSIST dengan HRMIS? ASSIST dibangunkan menggunakan data HRMIS sepenuhnya sebagai sumber data utama. Segala data yang dikeluarkan oleh ASSIST adalah sama dengan data yang telah dimasukkan ke dalam HRMIS. 4 Adakah maklumat yang dijana daripada ASSIST merupakan data real time? TIDAK. Data yang digunakan merupakan data lewat (1-2 hari dan tidak termasuk hari cuti). Tempoh tersebut diperlukan bagi proses penyediaan gudang data ASSIST. Tarikh data HRMIS dikemaskini ada dipaparkan di laman utama ASSIST. 5 Adakah semua agensi perlu menggunakan ASSIST? TIDAK. Ia bergantung kepada keperluan sesebuah agensi. Secara umum, agensi yang mempunyai perjawatan yang kecil tidak memerlukan ASSIST. Penggunaan ASSIST memerlukan lesen pengguna dan ianya melibatkan kos.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy