SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 18 PENGURUSAN KERJAYA LALUAN KERJAYA SME VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Bagaimana cara untuk mohon peranan sebagai Pentadbir SME Agensi bagi Modul Pengurusan Kerjaya? Peranan bagi Pentadbir SME Agensi adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Bahagian Perkhidmatan (BK), JPA. Permohonan boleh dimajukan kepada pegawai yang bertanggungjawab di Cawangan SUPREME, Bahagian Perkhidmatan, JPA. 2 Bagaimana saya hendak kemaskini maklumat pegawai SME? Maklumat yang dipaparkan semasa saya memasukkan tahun pada column Tahun, maklumat Tahap yang autogenerate adalah di Tahap 2 sedangkan pegawai berada di Tahap 3. Isu ini menyebabkan kiraan markah pegawai tidak tepat kerana wajaran yang digunakan adalah berbeza. Tahap yang dipaparkan pada ruang Maklumat Pegawai adalah berdasarkan gred jawatan sandangan semasa pegawai manakala tahap yang dipaparkan pada ruang markah prestasi adalah berdasarkan gred jawatan pegawai mengikut tahun prestasi yang dimasukkan oleh pentadbir. Berdasarkan kepada PP Bil.7 Tahun 2016, Garis Panduan Pelaksanaan SME Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, pengiraan markah prestasi pegawai SME adalah berdasarkan wajaran mengikut gred pegawai pada tahun penilaian prestasi dibuat. Walau bagaimanapun, mohon semak semula gred pegawai pada tahun yang dimasukkan. 3 Bagaimana saya ingin menambah maklumat bidang dan sub bidang pegawai tiada dalam look up semasa mengisi maklumat umum pegawai SME? Maklumat bidang dan sub bidang dimasukkan oleh Pentadbir SME Pusat iaitu pegawai daripada SUPREME, Bahagian Perkhidmatan, JPA berdasarkan kelulusan bidang dan sub bidang yang diluluskan oleh Lembaga. Sila log aduan di SPMB https//:spmb.jpa.gov.my atau hubungi Pentadbir SME Pusat untuk tambah maklumat bidang dan sub bidang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy