SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 172 PENTADBIRAN SISTEM SET SEMULA KATA LALUAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : PEMILIK MODUL DAN MEJA BANTUAN SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah tujuan Fungsi Pengurusan Kata Laluan (Set Semula Kata Laluan) ini ditambah baik? Tujuan Fungsi kata laluan ini ditambah baik adalah: 1) Memberi pilihan kaedah kepada semua pemilik kompetensi (CO) untuk set semula kata laluan dalam sistem HRMIS melalui kaedah permohonan mengggunakan secara: i. Emel Rasmi ii. Emel Alternatif 2) Memudahkan pemilik kompetensi untuk mengurus sendiri kata laluan tanpa melalui pentadbir agensi kecuali untuk pilihan Emel Alternatif; 3) Memudahkan pemilik kompetensi baharu untuk mendapatkan capaian ke HRMIS walaupun yang masih belum mendapat emel rasmi jabatan; dan 4) Meningkatkan tahap keselamatan ID pengguna HRMIS dengan tambahan ciri-ciri keselamatan Kata Laluan dengan merujuk kepada Polisi Keselamatan Siber (PKS). 2 Siapakah yang boleh menggunakan transaksi Set Semula Kata Laluan? Semua penjawat awam yang masih berkhidmat dan mengakses sistem HRMIS. 3 Apakah kaedah permohonan yang boleh digunakan untuk melaksanakan Set Semula Kata Laluan? Terdapat dua (2) kaedah iaitu : 1) Emel Rasmi - menggunakan emel yang telah didaftarkan dalam HRMIS; dan 2) Emel Alternatif – menggunakan emel selain daripada emel yang didaftarkan dalam HRMIS

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy