SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 169 PENTADBIRAN SISTEM SEKURITI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN PENTADBIR NO SOALAN JAWAPAN 2 Saya sebagai Pentadbir HRMIS di agensi perlu set semula kata laluan Pemilik Kompetensi yang berkaitan. Walaubagaimanapun, rekod Pemilik Kompetensi tersebut tidak dijumpai. Bagaimana cara untuk menyemak status pemilik kompetensi tersebut? 1) Pentadbir HRMS agensi hanya boleh set semula kata laluan Pemilik Kompetensi di bawah agensi masingmasing. 2) Status sandangan Pemilik Kompetensi tersebut perlu disemak. Jika sandangan Pemilik Kompetensi telah luput (putus sandang di agensi lama), pengemaskinian maklumat sandangan perlu dilakukan di menu seperti berikut: Klik Menu Pentadbiran Sistem  Klik Penyelenggaraan Rekod  Klik Fungsi  Pofil Perkhidmatan  Klik Selenggara Sandangan  Melalui Pemilik Kompetensi  Masukkan ID Pegawai atau Nama Pegawai  klik Cari  Klik hyperlink Kemaskini tarikh sandangan Lampau Pemilik Kompetensi  Kemaskini semula tarikh lupus Sandangan  Klik kemaskini. 3 Sebagai Pentadbir, laporan bagi setiap peranan di agensi perlu dijana dan dibentangkan ke pihak pengurusan. Bagaimana laporan tersebut dapat dijana? Pentadbir perlu menjalankan langkah berikut di menu: 1) Klik Menu Pentadbiran Sistem Klik menu Sekuriti  Klik Laporan  Klik Laporan Peranan Mengikut Peranan  Klik carian Peranan. 2) Pilih peranan yang dikehendaki berdasarkan modul. 3) Klik teruskan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy