SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 16 PENGURUSAN KERJAYA PENILAIAN TAHAP POTENSI (PTP) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Penilai di submodul Penilaian Tahap Potensi dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya? Pegawai Penilai (PP) merupakan Pegawai Penilai Kedua yang bertanggungjawab membuat penilaian ke atas calon PYD berdasarkan kriteria penilaian yang ditetapkan iaitu Think, Lead, Speak & Act. 2 Bagaimana dengan Pegawai Penilai dan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) adalah pegawai yang sama melaksanakan penilaian? Sistem membenarkan aktiviti penilaian tersebut dilakukan oleh pegawai yang sama kerana pegawai atasan tersebut mempunyai hubungan kerja dan menyelia Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawahnya. 3 Siapakah yang perlu menentukan calon Pegawai Yang Dinilai dan Pegawai Penilai? Unit naik pangkat agensi yang mempunyai peranan [601] ‘Sekretariat PTP Agensi’ bertanggungjawab mengenal pasti calon dan pegawai penilai tersebut. Penetapan ini dibuat berdasarkan di mana Panel Pengurusan Sumber Manusia itu berada sama ada di jabatan atau pun kementerian. 4 Status penilaian telah selesai di peringkat PPSM, bagaimanakah penilaian semula ataupun pindaan ke atas markah penilaian boleh dilakukan? 1) Pada fungsi Penilaian oleh PPSM, agensi yang mempunyai peranan [603] ‘Pengurusan Sumber Manusia’ boleh mengemaskini markah penilaian atas persetujuan Pengerusi di dalam mesyuarat PPSM masing-masing. 2) PPSM agensi juga boleh menghantar keputusan penilaian seandainya bersetuju dengan markah Pegawai Penilai sebagai markah akhir dan status dikemaskini kepada Selesai Tanpa Pindaan. Bagi status Selesai Dengan Pindaan pula ianya berlaku sekiranya terdapat pindaan markah penilaian di peringkat PPSM. 3) Bagi kategori yang telah selesai, sekiranya memerlukan pindaan semula markah penilaian, Urus setia PTP Agensi dibenarkan untuk set semula penilaian di fungsi Set Semula PTP  Urusan Penilaian PPSM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy