SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 151 DATA PERJAWATAN WARAN PERJAWATAN / DOKUMEN SOKONGAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Apakah dokumen yang diperlukan bagi menambah maklumat waran yang baharu? Pentadbir data perjawatan perlu sertakan salinan waran perjawatan yang terlibat bagi tujuan semakan dan pengemaskinian maklumat waran didalam HRMIS. 2 Apakah yang perlu dilakukan sekiranya agensi saya telah menerima waran perjawatan yang baharu? Pentadbir perlu log aduan ke SPMB https://spmb.jpa.gov.my dengan menyertakan salinan lengkap dokumen waran yang terlibat. 3 Bagaimana untuk mewujudkan waran perjawatan ke dalam sistem HRMIS? Permohonan boleh dibuat kepada data@jpa.gov.my beserta Waran Perjawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). 4 Bagaimana untuk mewujudkan Jawatan Kontrak (OS29000) ke dalam sistem HRMIS Permohonan boleh dibuat kepada data@jpa.gov.my beserta dokumen atau lampiran berkenaan yang telah diluluskan. 5 Bagaimana untuk mengaktifkan semula bilangan perjawatan yang telah dimansuhkan oleh agensi? Pentadbir HRMIS di jabatan bertugas boleh membuat permohonan melalui SPMB https//:spmb.jpa.gov.my beserta Waran Perjawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Mohon Pentadbir JPA untuk majukan aduan tersebut kepada Pasukan Pangkalan Data untuk tindakan selanjutnya. 6 Bagaimana untuk membuat pindaan butiran perjawatan yang telah diluluskan oleh MOF? Permohonan boleh dibuat kepada data@jpa.gov.my beserta Waran Perjawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy