SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 148 DATA PERJAWATAN DESKRIPSI TUGAS (JD) VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 4 Siapakah yang mempunyai peranan bagi Reset Deskripsi Tugas (JD)? Pemberian peranan Reset JD adalah terhad kepada pentadbir di peringkat Kementerian/Agensi. Pemberian peranan ini dikawal selia oleh Pentadbir Agensi Pusat (JPA). Pentadbir HRMIS Kementerian boleh membuat permohonan peranan Reset JD ke JPA melalui Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB), https://spmb.jpa.gov.my 5 Adakah semua jawatan dalam HRMIS perlu mempunyai JD? JD yang diwujudkan dalam HRMIS ini adalah terhad kepada Jawatan tetap dan berwaran sahaja. Jawatan yang tidak berwaran, jawatan kontrak, jawatan kumpulan, jawatan kakitangan ambilan tempatan adalah terkecuali. 6 Perlukah pengisian JD bagi gred Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P)? Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) perlu melengkapkan semua gred fleksi (ada tapisan mandatori) sebelum dihantar. Ini adalah kerana Akauntabiliti dan Dimensi bagi pegawai P&P adalah berbeza mengikut gred (rate for the job). 7 Bagaimanakah Pengisian JD bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana? 1) Pegawai Kumpulan Pelaksana TBK adalah memadai sekiranya mengisi Gred JD pada gred minimum sahaja. Jika Pemilik Kompetensi telah memilih Salin untuk Gred-gred TBK yang lain juga tiada masalah. 2) Jika terdapat Pemilik Kompetensi yang telah memangku pada kenaikan gred TBK di jawatan yang sama, JD gred minimum pada jawatan tersebut boleh digunapakai. Jika berlaku perubahan gred atau skop kerja pada masa akan datang, pihak pentadbir JD boleh membuat permohonan reset mengikut keperluan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy