SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 144 MODUL DATA PERJAWATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 12 Bagaimana jika semasa mewujudkan Jawatan Sebenar, tiada kategori untuk memasukkan maklumat Nama Agensi Pembekal Kader? Maklumat Pembekal Kader adalah tertera pada butiran keterangan di dalam waran. Jika tiada dalam Jadual Rujukan HRMIS, sila hantarkan keratan butiran untuk dikemaskini oleh Pentadbir Modul Data Perjawatan HRMIS di JPA atau pautan SPMB https//:spmb.jpa.gov.my. 13 Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan Skim dan Jawatan kepada perkhidmatan Pemilik Kompetensi / Zero-Based? Pentadbir HRMIS Agensi perlu melaksanakan konsep Wujud Mansuh kepada Jawatan Sebenar Pemilik Kompetensi mengikut perkhidmatan terkini. Konsep Kemaskini Hubungan Data Perjawatan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN bagi kes seperti ini. Ini perlu dilaksanakan kerana sejarah Skim Perkhidmatan (yang lama) juga perlu direkodkan pada Profil Perkhidmatan Pemilik Kompetensi di Item 2 sebelum direkodkan Skim Perkhidmatan yang baharu. 14 Bolehkah Pentadbir HRMIS Agensi menggunakan Menu Kemaskini Hubungan Data Perjawatan sekiranya tersilap wujudkan Jawatan Standard Pemilik Kompetensi? Boleh. Menu Kemaskini Hubungan Data Perjawatan boleh digunakan sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan semasa mewujudkan Jawatan Standard. 15 Mengapa Laporan Perjawatan memaparkan gred Pemilik Kompetensi mengikut waran perjawatan tetapi bukan gred Pemilik Kompetensi sahaja? Laporan Perjawatan adalah berdasarkan Gred Jawatan yang diwujudkan, BUKAN gred Pemilik Kompetensi. Sehubungan itu, Agensi perlu memastikan Gred Pemilik Kompetensi adalah sama dengan Gred Jawatan semasa membuat sandangan. Sandangan yang tidak tepat (berdasarkan gred jawatan) akan memberikan implikasi kepada Laporan Data Tidak Berintegriti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy