SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 139 MODUL DATA PERJAWATAN VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Kenapa nama Pemilik Kompetensi tidak dipaparkan pada Unit Organisasi (BU)? Status ID sandangan Pemilik Kompentesi telah luput. Pengemaskinian tarikh sandangan perlu dilakukan oleh Pentadbir Profil Perkhidmatan di agensi. 2 Bagaimana jika Jawatan Standard tiada dalam senarai Jawatan Standard? Sila pastikan Skim Perkhidmatan jawatan tersebut dalam Kumpulan Perkhidmatan yang betul. Contohnya dalam Kumpulan Perkhidmatan Sokongan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Skim Perkhidmatan Bersepadu. Jika Jawatan Standard berkaitan Skim Perkhidmatan (yang baharu wujud), mohon log aduan ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) melalui pautan https://spmb.jpa.gov.my untuk semakan dan tindakan selanjutnya. 3 Bagaimana sekiranya paparan mesej "Tiada Maklumat Hubungan di antara Unit Organisasi (BU) dan Aktiviti Organisasi (BA)" semasa Pentadbir ingin memaparkan BA? Pentadbir HRMIS perlu mengemaskini hubungan BU dan BA organisasi seperti langkah berikut: 1) Menu Data Perjawatan  Unit Organisasi (BU)  Selenggara BU; 2) Pilih BU agensi; 3) Klik pautan [Selenggara Hubungan dengan Aktiviti Organisasi (BA)]; dan 4) Tambahkan BA agensi yang perlu dihubungkan supaya Jawatan Sebenar boleh diwujudkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy