SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 125 PENGURUSAN REKOD PERIBADI REKOD PERIBADI VERSI : 2.0 - DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 1 Kenapa saya tidak berjaya mengisi maklumat Anak Kandung? Maklumat pasangan iaitu suami/isteri perlu dimasukkan dan disahkan terlebih dahulu. Selepas disahkan, maklumat Anak Kandung boleh dimasukkan. 2 Kenapa status perkahwinan saya masih lagi Bujang walaupun telah berkahwin? Status perkahwinan akan berubah setelah Pemilik Kompetensi mengemaskini maklumat pasangan di TAB KELUARGA. 3 Saya ingin masukkan maklumat Akademik tetapi semasa memilih Institusi, tiada dipaparkan dalam senarai pilihan Institusi. Apa yang perlu saya lakukan? Pemilik Kompetensi hendaklah menghantar aduan melalui sistem SPMB dengan mengemukakan Nama dan Alamat penuh Institusi berserta salinan Sijil Akademik berkaitan. 4 Bolehkah anak/bapa angkat menggunakan eGL? Pegawai perlu memuatnaik salinan softcopy Sijil Pengangkatan yang dikeluarkan oleh pihak JPN semasa menambah maklumat keluarga dalam Modul Rekod Peribadi atau mengemukakan salinan hardcopy Sijil Pengangkatan sekiranya diperlukan oleh pegawai yang mengesahkan maklumat anak angkat tersebut. 5 Mengapakah kod tanggungan saya berbeza dengan kod tanggungan sebenar? Contohnya: Anak ke 2 tetapi paparan adalah anak pertama 1) Pemilik Kompetensi boleh mengemaskini semula maklumat kod tanggungan anak tersebut di menu: Pengurusan Rekod Peribadi  Klik Kemaskini Rekod Peribadi  Pilih Tab Keluarga  Pilih maklumat anak  Kemaskini maklumat kod tanggungan  Klik Butang HANTAR. 2) Setelah maklumat tersebut disahkan, Pemilik Kompetensi boleh menyemak perubahan kod tanggungan yang terkini. 3) Jika masih berlaku, mohon kemukakan aduan di pautan SPMB https//:spmb.jpa.gov.my.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy