SOALAN LAZIM HRMIS 2.0

SOALAN LAZIM VERSI 2.0 DISEMBER 2023 10 PEROLEHAN SUMBER MANUSIA PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN PEROLEHAN SUMBER MANUSIA MEMOHON PERTUKARAN VERSI : 2.0- DISEMBER 2023 SUMBER : MEJA BANTUAN DAN PEMILIK MODUL SOALAN UMUM NO SOALAN JAWAPAN 14 Mengapakah Permohonan pertukaran tiada di dalam peti pesanan Penyokong? 1) Jika permohonan pertukaran tiada di dalam Peti Pesanan Penyokong, Pentadbir HRMIS di agensi perlu membuat semakan di menu Kemaskini Transaksi Aliran Kerja. Jika transaksi permohonan tiada nama Penerima di menu tersebut (coid=0), Pentadbir perlu mengemaskini kepada Nama Penyokong. 2) Sekiranya transaksi tidak ditemui, pentadbir hendaklah membuat aduan di https://spmb.jpa.gov.my untuk khidmat bantuan selanjutnya. 15 Pegawai berasal dari Sarawak. Mengapakah borang permohonan pertukaran memapar pegawai tidak berasal dari Sabah/Sarawak? Maklumat Pegawai Berasal dari Sabah/Sarawak diambil dari Rekod Peribadi – Isytihar Wilayah Asal. Pegawai perlu mengisytihar wilayah asal terlebih dahulu dan memastikan maklumat tersebut disahkan oleh Pengesah. Maklumat Pegawai Berasal dari Sabah/Sarawak akan bertukar dari TIDAK kepada YA setelah maklumat tersebut disahkan. 16 Apa yang perlu dilakukan jika permohonan telah melebihi 2 tahun tetapi saya masih ingin meneruskan permohonan pertukaran? Paparan "Tempoh Permohonan Anda melebihi 2 tahun. Sila Batalkan permohonan ini jika tidak berminat meneruskan permohonan” adalah peringatan kepada pemohon untuk membatalkan permohonan JIKA pemohon tidak berminat untuk meneruskan permohonan tersebut. Jika masih berminat, pemohon tidak perlu buat apa-apa dan boleh hubungi Urus Setia Pertukaran di Bahagian Perkhidmatan, JPA untuk keterangan lanjut. 17 Mengapa bidang pertama dan kedua tidak dipaparkan? Pada masa ini, hanya skim di bawah sahaja yang mempunyai bidang : 1) Pegawai Teknologi Maklumat; 2) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat; 3) Pem. Peg. Latihan Vokasional/Pen. Peg. Latihan Vokasional/Peg. LatihanVokasional; 4) Pegawai Tadbir Dan Diplomatik; 5) Perangkawan; 6) Penolong Pegawai Tadbir;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy