Change Journey Edisi 3

DISEMBER 2023 Mesyuarat Kerja Penyediaan Business Requirement Specification (BRS) Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan Dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 27 Tujuan mesyuarat kerja ini adalah seperti berikut: Mengadakan sesi perbincangan antara pihak Kontraktor dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan Dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM); 1. Mengumpul dan mengesahkan maklumat berkaitan proses kerja sumber manusia bagi keperluan bisnes bersama KPT; 2. Melengkapkan maklumat bagi penyediaan dokumen BRS Projek HRM Baharu bagi Modul Penetapan Data Organisasi, Modul Pengurusan Prestasi, Modul Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat, Modul Pengurusan Penggantian dan Modul Mobiliti;dan 3. Mendapatkan maklumat awal berkenaan Integrasi antara sistem KPT dan HRM Baharu. 4. Mesyuarat Kerja Penyediaan Business Requirement Specification (BRS) Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi telah berlangsung pada 4 Disember 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Bajjah 1, Bahagian Biasiswa, Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Kementerian Pendidikan Tinggi, 62200 Putrajaya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy