Change Journey Edisi 3

Mesyuarat Kerja Integrasi Antara Luar Agensi Bagi Pembangunan HRM Baharu OKTOBER 2023 16 Mesyuarat Kerja Integrasi Sistem Antara Agensi Luar Bagi Pembangunan Sistem HRM Baharu telah dijalankan di Hotel Dorsett, Putrajaya pada 10 Oktober 2023 dan telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Juraimi binti Ghazali, Timbalan Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), JPA. Mesyuarat tersebut bertujuan bertindak sebagai platform kepada JPA untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan HRMIS di kementerian/ jabatan/ agensi/ PSUK sekaligus memperkenalkan Sistem HRM Baharu yang sedang dalam proses pembangunan. Sasaran penyertaan bagi mesyuarat ini adalah pegawai daripada kalangan Pentadbir HRMIS secara khususnya dan Pengurus Sumber Manusia agensi secara amnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy