Change Journey Edisi 2

23 Mesyuarat Penyediaan Business Requirement Specification (BRS) Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRM) Baharu Siri Pertama - Modul Pengurusan Rekod Pembelajaran Mesyuarat Kerja Penyediaan Business Requirement Specification (BRS) Projek Pembangunan, Pemantapan, Pengukuhan dan Peluasan Bagi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam Baharu Siri Pertama telah diadakan pada 25 September 2023, Isnin bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Jalan P8, Presint 8, Putrajaya. SEPTEMBER 2023 Mesyuarat tersebut dijalankan bertujuan untuk membincangkan tentang Modul Pengurusan Rekod Pembelajaran. Modul ini membolehkan pengguna memperoleh maklumat terkini berkaitan program latihan yang telah dihadiri dan notifikasi kursus yang dicadangkan sebelum tempoh akhir kursus. Modul ini juga menyediakan platform kepada pengguna untuk merekod program latihan yang telah dihadiri serta diikuti secara individu atau integrasi dengan Institut Latihan Awam (ILA) atau manamana sistem yang berkenaan. Terdapat 3 Sub Modul di bawah Modul Pengurusan Rekod Pembelajaran iaitu Profil Latihan, Rekod Sejarah dan Kemajuan Latihan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Tujuan mesyuarat kerja ini dijalankan adalah seperti berikut: Mendapatkan keperluan terperinci bagi pembangunan HRM Baharu bagi Modul Pengurusan Rekod Pembelajaran; 1. 2.Mendapatkan persetujuan keperluan daripada semua pihak berkepentingan; dan Menyediakan dokumen spesifikasi keperluan bisnes (BRS) bagi modul Pengurusan Rekod Pembelajaran. 3.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy