Change Journey Edisi 2

22 Program HRMIS User Group Summit 2023 (HUGS 2023) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) telah mengadakan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) pada 21 September 2023, Khamis bertempat di Mesmera Ballroom, The Everly Putrajaya. Program HUGS merupakan salah satu aktiviti libat urus yang dilaksanakan secara tahunan oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini bertindak sebagai platform kepada JPA untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan HRMIS di kementerian/ jabatan/ agensi/ PSUK. Program HUGS pada edisi kali ini memfokuskan kepada Program Pengurusan Perubahan untuk HRM Baharu. SEPTEMBER 2023 Antara objektif program ini adalah: 1.Untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai sistem HRM Baharu; Membuat kaji selidik awal tahap ketersediaan pengguna terhadap Sistem HRM Baharu (Change Readiness Assessment); 2. Untuk perkongsian pandangan mengenai proses pengurusan sumber manusia yang dilaksanakan di kementerian/ jabatan/ agensi/ PSUK; dan 3. Mendapatkan komitmen penuh kementerian/ jabatan/ agensi/ PSUK dalam pelaksanaan Sistem HRM Baharu. 4.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy