Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

ii Seulas Pinang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan inayat dan riayahnya, maka Buku ‘Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ dapat diterbitkan. Buku ‘Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ merupakan kelangsungan daripada Buku Contoh Kes-Kes Tatatertib yang telah diterbitkan sebelum ini. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memastikan tindakan tatatertib terhadap pegawai awam dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan berkesan serta mematuhi prinsip, prosedur dan peraturan yang digariskan. Ini penting kerana jika sesuatu tindakan tatatertib diambil tanpa menggunakan prosedur yang tepat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang, ia berkemungkinan akan dicabar di Mahkamah yang akhirnya boleh membawa kerugian kepada pihak Kerajaan. Buku ini menghimpunkan contoh-contoh kes tatatertib, surcaj dan penamatan demi kepentingan awam. Selain itu ia turut memuatkan contoh-contoh penyediaan dokumen di dalam prosedur kes tatatertib biasa bermula daripada Kertas Penentuan Pengerusi Lembaga Tatatertib sehingga surat pemberitahuan keputusan Lembaga Tatatertib. Akhir sekali saya berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan bagi memantapkan pengurusan tatatertib perkhidmatan awam. TAN SRI ISMAIL ADAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy