Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

i Sekapur Sirih Ketua Setiausaha Negara Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Bersyukur saya ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan ucapan tahniah di atas usaha menerbitkan Buku ‘Setitik Nila: Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’. Pembentukan sebuah perkhidmatan awam berintegriti merupakan salah satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang diperuntukkan, setiap anggota Lembaga Tatatertib, urus setia Lembaga dan Ketua Jabatan perlu mempunyai kefahaman yang mencukupi berhubung peruntukan Undang-Undang, Dasar dan Peraturan-Peraturan tatatertib yang berkuatkuasa. Pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan, perlu dihayati agar pengurusan tatatertib dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memenuhi kehendak serta semangat perundangan yang berteraskan prinsip keadilan. Langkah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang meneruskan usaha menerbitkan buku ‘Setitik Nila: Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib’ diharapkan dapat memberi panduan kepada semua yang terlibat dalam pengurusan kes tatatertib di agensi masing-masing agar mematuhi prosedur yang digariskan dalam peraturan. Tindakan tatatertib yang efektif, cepat dan tepat diyakini mampu memberikan tauladan dan pengajaran kepada pegawai-pegawai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Selamat membaca. TAN SRI MOHD SIDEK BIN HAJI HASSAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy