Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

266 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MENAGIH DADAH 1. KES Encik AB adalah seorang Pembantu Tadbir Gred N17 bertugas di Sekolah PG di Bandar MR. Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pegawai telah didapati positif dadah. 2. REPRESENTASI / PERAKUAN Representasi untuk menamatkan perkhidmatan pegawai ini telah dibuat oleh Ketua Jabatan pegawai berkenaan di bawah peraturan 49(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. ASAS-ASAS PENAMATAN (a) Pegawai Perubatan Hospital MR melalui laporan makmal bertarikh 6 Oktober 2003 telah memperakukan bahawa pegawai adalah seorang penagih dadah jenis morphine ; dan (b) mengikut sub peraturan 7(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan atau mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49 dengan syarat pegawai itu telah mencapai umur persaraan pilihan yang ditentukan oleh Kerajaan pada masa itu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy